»

please take your turn!

counter

Sunday, October 30, 2011

You..

We fight, we laugh, we dreamed all together..and that's YOU!





Wednesday, September 21, 2011

Je t’aime

Today the world’s population is 6,960,467,344… and out of everyone, I pick you.


i remember so well the day that u come into my life,
you asked for my name,
you had the most beautiful smile,
my life started to change,
i wake up each day,
feeling alright with u right by my side,
makes me feel things will workout just fine..




p/s: thanks for being there when i need u..



wonderful life

salam and hye!
alhamdulillah..dah masuk semester baru..and everything running smoothly according to the plan..result semester lepas pun..syukur sangat..Allah permudahkan and bagi CK jalan yang betul..

As for the new sem begin..my life also begin with all sort of thing which is wonderful for me. First, my family as a supreme supporter for me in my studies. They are the one that encourage me a lot to get what i want rite now and i don't how lucky i am to have them besides me..syukur Ya Allah for this gift. Second, i got a chance to join a training under MSC that had been sponsored by MDec. The training was full of excitement! all the seniors have been so wonderful to me and team up with them is great! a lot of things i've learned from them and sharing the important info as the final year student.

lastly..Alhamdulillah..syukur Ya Allah..


Tuesday, September 06, 2011

setelah sekian lama..

assalamualaikum..
fuhhhhh..dah berhabuk juga blog nie yer? past a few month before..sangat lah busy with all sort of thing..tak sempat nak update apa2.actually nak share jugak event-event yang dah dijalankan..tapi..benda dah lepas..so..malas pulak nak update! haha

well,rite now dah nak masuk semester baru..assignment untuk project paper pun tak start lagi! waaaa..masa cuti pun kena pikir pasal project paper lagi..sometimes rasa macam penat sangat dengan banyak benda yang nak kena handle..but then,bila kita fikir dengan lebih jauh..it's a learning process for me..yup,a lot of thing i've learned for the past few month..

as for me, kehidupan adalah bilik darjah tanpa masa yang terhad, tanpa subjek yang terhad, tanpa pengajar yang terhad..pengalaman adalah pelajaran yang terbaik dalam kehidupan..


life is full of colours

Friday, July 01, 2011

a limitation..

Assalamualaikum and hye!
ok..semua orang ada tahap kesabaran masing-masing bukan? jom kita bercerita tentang kesabaran pula, nak tak?

kadang-kadang kita pernah rasa tahap kesabaran kita di uji lebih-lebih lagi bila kita ia berkaitan perhubungan kita sesama manusia. Perlakuan manusia kadang-kadang melampaui batas kita sebagai manusia yang boleh membuatkan orang sekeliling hilang sabar dengan perbuatan mereka sendiri. betul tak? tapi..CK bukanlah nak bercerita tentang perangai manusia dekat luar sana. Apa yang CK nak kongsi ialah macam cara kita hendak bersabar dengan mereka dan ubah cara pandangan kita terhadap mereka.


Allah dah jadikan sifat manusia nie berbeza supaya masyarakat duniawi dapat hidup dengan penuh warna-warni dek kerana telatah manusia yang pelbagai. Dengan siapa kita bersama sekarang, telah Allah tentukan sejak azali lagi. dan dalam hidup ini tiada yang kebetulan, kerana semuanya telah dirancang. Rancangan Allah adalah sekadar untuk membentuk siapa diri kita yang sebenarnya. kerana itu, kadang-kadang kita akan berjumpa dengan manusia yang boleh buat kita hilang sabar dengan kerenahnya.

Semua itu..bukanlah kebetulan sahabat ku..perancangan Allah cukup indah. pernah dengar tentang "sabar itu separuh dari iman.."? Maka sebenarnya..Allah sedang menguji iman kita apabila kita bersama dengan manusia sekeliling. menguji kita untuk bersabar dengan kerenah mereka. Kadang-kadang kita tak tahu..bahawa mereka pun sedang bersabar juga dengan kerenah kita sebenarnya. dan juga kadang-kadang Allah nak tunjuk pada kita..apa yang pernah orang lain lakukan ada kita..mungkin kita pernah lakukan benda yang sama pada orang lain juga.


Apa yang harus kita lakukan adalah dengan memandang sesuatu itu sebagai ujian Allah. kerenah manusia hanya akan berakhir di dunia. Usah gusar sahabat ku..kita hidup di dunia ini hanya sementara..tak lama pun. Jadi..bersabarlah duhai hati akan kerenah manusia yang pelbagai. kerana manusia juga ada yang bersabar dengan kerenah kita yang kita sendiri pun tidak sedar. Siapa pun manusia disekililing kita..pandanglah mereka dengan pandangan yang positif. kerana pandangan kita yang positif terhadap mereka akan melahirkan cas-cas positif di hati mereka.

Insya Allah..siapa tahu..pandangan positif kita terhadap mereka, dapat mengubah hati mereka menjadi yang lebih baik. Jadi..perubahan seseorang kadang-kadang bermula dari kita juga..dari kesabaran kita dengan kerenah mereka dan pandangan yang positif terhadap mereka..mampu membuka hati mereka yang tertutup, untuk berubah.

Dalam terjermahan Al-Quran ada menyebut tentang kesabaran adalah sebagai kebahagian di akhirat,

Dalam surat Al-Insan [72]: 12 “Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan surga dan (pakaian) sutera”.

Dalam surat Ar-Ra’d [13]:23-24 “…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”

maka beruntunglah bagi mereka yang bersabar, kan? Kerana..kebahagiaan menanti mereka di akhirat kelak. Harap kita sama-sama mendapat kebahagiaan di akhirat nanti. wasalam..





p/s: CK hanya menekankan tentang kesabaran dengan manusia di sekeliling kita kerana ini nasihat untuk CK sebenarnya. CK tiada maksud apa-apa melainkan hanya sekadar nasihat buat diri sendiri. Ia terpulang kepada anda yang membacanya..maaf jika entri ini ada menyinggung hati sesiapa..


Sunday, June 05, 2011

Taubat di Pinggiran Hati

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?

Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.

Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?

Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:

"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmidzi)

Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.

Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, "Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali." Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.

Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.

Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na'udzubillah!

"Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."

(An-Nisaa': Ayat 27-28)


sumber: iluvislam.com


Wednesday, June 01, 2011

welcome to senior year!

salam and hye!
Dah dekat sebulan start sem baru..huhu. Well, overall untuk setakat nie..sem nie sangat memenatkan! banyak gila kerja. Actually tak ada lah banyak sangat kerjanya, tapi kena banyak keluarkan idea dan perah otak..itu yang jadi penat tu..huhu

Sem nie pun dah jarang lepak2,borak2 & etc. dengan kawan2. Selalunya kalau ada masa, kitorang akan 'hangout' sama2 and bincangkan tentang 'isu semasa' hahaha. But then, masing2 dah tak sama class sebab kitorang dah start class ikut 'major in' apa.

So,sekarang dah tak macam dulu. Dalam class pun lecturer selalu ingatkan kitorang tentang banyak benda especially on 'how to face the real word soon'. Oh, God! rasa macam diri nie dah makin tua jer..haha. sebab banyak benda yang nak kena pikir sekarang nie.

Cepatnya masa berlalu kan? pejam celik, pejam celik, tengok-tengok dah masuk 'final year'. CK still rasa CK macam budak foundation dulu yang baru nak kenal 'campus life' nie macam mana..hehe. ok, CK back to real life! dah masuk tahun akhir dah pun. A lot of things i have to focus on rite now. I just pray that my business plan and project paper for this sem will be accepted..amin~