Assalamualaikum and hye!
ok..semua orang ada tahap kesabaran masing-masing bukan? jom kita bercerita tentang kesabaran pula, nak tak?
kadang-kadang kita pernah rasa tahap kesabaran kita di uji lebih-lebih lagi bila kita ia berkaitan perhubungan kita sesama manusia. Perlakuan manusia kadang-kadang melampaui batas kita sebagai manusia yang boleh membuatkan orang sekeliling hilang sabar dengan perbuatan mereka sendiri. betul tak? tapi..CK bukanlah nak bercerita tentang perangai manusia dekat luar sana. Apa yang CK nak kongsi ialah macam cara kita hendak bersabar dengan mereka dan ubah cara pandangan kita terhadap mereka.
Allah dah jadikan sifat manusia nie berbeza supaya masyarakat duniawi dapat hidup dengan penuh warna-warni dek kerana telatah manusia yang pelbagai. Dengan siapa kita bersama sekarang, telah Allah tentukan sejak azali lagi. dan dalam hidup ini tiada yang kebetulan, kerana semuanya telah dirancang. Rancangan Allah adalah sekadar untuk membentuk siapa diri kita yang sebenarnya. kerana itu, kadang-kadang kita akan berjumpa dengan manusia yang boleh buat kita hilang sabar dengan kerenahnya.
Semua itu..bukanlah kebetulan sahabat ku..perancangan Allah cukup indah. pernah dengar tentang "sabar itu separuh dari iman.."? Maka sebenarnya..Allah sedang menguji iman kita apabila kita bersama dengan manusia sekeliling. menguji kita untuk bersabar dengan kerenah mereka. Kadang-kadang kita tak tahu..bahawa mereka pun sedang bersabar juga dengan kerenah kita sebenarnya. dan juga kadang-kadang Allah nak tunjuk pada kita..apa yang pernah orang lain lakukan ada kita..mungkin kita pernah lakukan benda yang sama pada orang lain juga.
Apa yang harus kita lakukan adalah dengan memandang sesuatu itu sebagai ujian Allah. kerenah manusia hanya akan berakhir di dunia. Usah gusar sahabat ku..kita hidup di dunia ini hanya sementara..tak lama pun. Jadi..bersabarlah duhai hati akan kerenah manusia yang pelbagai. kerana manusia juga ada yang bersabar dengan kerenah kita yang kita sendiri pun tidak sedar. Siapa pun manusia disekililing kita..pandanglah mereka dengan pandangan yang positif. kerana pandangan kita yang positif terhadap mereka akan melahirkan cas-cas positif di hati mereka.
Insya Allah..siapa tahu..pandangan positif kita terhadap mereka, dapat mengubah hati mereka menjadi yang lebih baik. Jadi..perubahan seseorang kadang-kadang bermula dari kita juga..dari kesabaran kita dengan kerenah mereka dan pandangan yang positif terhadap mereka..mampu membuka hati mereka yang tertutup, untuk berubah.
Dalam terjermahan Al-Quran ada menyebut tentang kesabaran adalah sebagai kebahagian di akhirat,
Dalam surat Al-Insan [72]: 12 “Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan surga dan (pakaian) sutera”.
Dalam surat Ar-Ra’d [13]:23-24 “…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
maka beruntunglah bagi mereka yang bersabar, kan? Kerana..kebahagiaan menanti mereka di akhirat kelak. Harap kita sama-sama mendapat kebahagiaan di akhirat nanti. wasalam..
p/s: CK hanya menekankan tentang kesabaran dengan manusia di sekeliling kita kerana ini nasihat untuk CK sebenarnya. CK tiada maksud apa-apa melainkan hanya sekadar nasihat buat diri sendiri. Ia terpulang kepada anda yang membacanya..maaf jika entri ini ada menyinggung hati sesiapa..




No comments:
Post a Comment