»

please take your turn!

counter

Wednesday, June 01, 2011

welcome to senior year!

salam and hye!
Dah dekat sebulan start sem baru..huhu. Well, overall untuk setakat nie..sem nie sangat memenatkan! banyak gila kerja. Actually tak ada lah banyak sangat kerjanya, tapi kena banyak keluarkan idea dan perah otak..itu yang jadi penat tu..huhu

Sem nie pun dah jarang lepak2,borak2 & etc. dengan kawan2. Selalunya kalau ada masa, kitorang akan 'hangout' sama2 and bincangkan tentang 'isu semasa' hahaha. But then, masing2 dah tak sama class sebab kitorang dah start class ikut 'major in' apa.

So,sekarang dah tak macam dulu. Dalam class pun lecturer selalu ingatkan kitorang tentang banyak benda especially on 'how to face the real word soon'. Oh, God! rasa macam diri nie dah makin tua jer..haha. sebab banyak benda yang nak kena pikir sekarang nie.

Cepatnya masa berlalu kan? pejam celik, pejam celik, tengok-tengok dah masuk 'final year'. CK still rasa CK macam budak foundation dulu yang baru nak kenal 'campus life' nie macam mana..hehe. ok, CK back to real life! dah masuk tahun akhir dah pun. A lot of things i have to focus on rite now. I just pray that my business plan and project paper for this sem will be accepted..amin~

Sunday, May 08, 2011

Anda Semakin Matang Bila...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Artikel iluvislam.com

Thursday, May 05, 2011

The art of a picture

salam..and hye!

wokey..just nak share tentang minat CK yang dah lama CK pendam..huhu. Sebenarnya..CK sangat suka tengok gambar..'the story behind every picture' yang kita ambil, sangat la unik. I love 'lomography' punya gambar. Kalau tak tahu apa itu 'lomography', pergi la google ye. Bawah nie ada beberapa contoh gambar yang CK tengok dekat 'flickr'. Gambar-gambar ini di ambil or di 'snap' oleh 'toy camera' model 'Holga 135BC'. Walaupun hanya 'toy camera', tapi..ia boleh hasilkan gambar yang sangat 'superb'! tak percaya? just tengok contoh2 gambar dekat bawah nie..

tapi, sebelum tuh..CK nak tunjuk dulu my favorite 'toy camera' which is HOLGA 135BC

ada macam2 warna


warna putih nie yang paling CK minat..and insya Allah akan ada tak lama lagi..




okeyh..habis dengan HOLGA 135BC. Sekarang contoh gambar yang di ambil menggunakan HOLGA 135BC nie pulak..



credit: lensfreak

credit: uknown

credit: mugley

credit: versluis

semua gambar2 nie..ada cerita di dalamnya. I love the art of all the picture taken. Untuk entri seterusnya, CK akan terangkan lagi tentang HOLGA 135BC dengan lebih detail..

wokey..chow~

Sunday, May 01, 2011

Tenang yang dicari...

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelama. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!

Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat. Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

CARILAH HATI YANG SEJAHTERA

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah 'syurga dunia' sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.

Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.

IMAN MAMPU MENAMPUNG KEKURANGAN

Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan manusia. Jika keenam-enam perkara itu stabil maka stabillah seluruh kehidupan. Perkara-perkara itu adalah kesihatan, kewangan, kerjaya, ilmu pengetahuan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil, maka kehidupan juga akan stabil.

Sungguhpun begitu, dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar untuk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu. Jarang benar ada orang yang dapat mencapai semuanya. Ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu. Ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama anggota masyarakat.

Begitulah lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya. Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan dalam hidup? Jawabnya, kuatkanlah iman. Ini kerana iman akan dapat menampung kekurangan dalam perkara-perkara yang lain. Jika seorang itu miskin, sakit, berpangkat rendah dan lain-lain kekurangan maka iman akan menampung kekurangan-kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.

Namun, tanpa iman segala kelebihan yang dimiliki akan tidak berguna. Tanpa iman, sikaya akan tamak dan tidak akan merasa cukup dengan kekayaannya, yang berkuasa akan menindas dan menzalimi, yang sihat akan lupa diri dan membuat kejahatan, yang banyak ilmu akan angkuh dan menghina orang lain.

Semua ini akan mengundang kebencian, ketidak puas hatian, kemarahan, kedengkian sesama manusia yang akhirnya akan menimbulkan krisis antara yang simiskin dengan yang sikaya, yang berkuasa dengan rakyat jelata, buruh dengan majikan dan lain-lain. Tegasnya, kualiti jiwa yang rendah (tanpa iman) itulah yang mencetuskan kemusnahan dalam hidup manusia. Dan untuk mengatasinya, tidak ada jalan lain kecuali dengan meningkatkan kualiti hati!

KUALITI HATI

Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Sumber Text: Gentar Rasa

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: ""Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita."" Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah At-Taubah 9: Ayat ke 40)


sumber: iluvislam

salam..and hye..
wokey..review untuk sepanjang cuti nie..banyaknya duduk dekat rumah. Actually, CK dah ada 'list of activity' yang CK nak buat sepanjang cuti nie. Tapi..di sebabkan beberapa 'circumstances' yang tak dapat nak di elakkan, terpaksa la..CK batalkan semua plan yang dah CK rancang sebelum cuti lagi. FUHH~ kecewenya...

Next week dah start sem baru..dah 'ready' ker untuk semua tu..huhu. Well, CK dah tak boleh main-main dah lepas nie..kena fokus lebih pada 'study'. Makin tak dapat jumpa la dengan kawan-kawan CK..huhu. Hopefully..dorang faham keadaan CK..

so..kawan-kawan..sorry sebab aku tak dapat join korang pergi mana-mana sepanjang aku cuti nie..harap korang faham..and thanks a lot..pada yang memahami..you are the best!

Wednesday, April 27, 2011

Let's heart to heart talk!

salam and hye guys!
This song show what's in my heart rite now. Yup, it's difficult to talk with you because you have change a lot just like in this MV..so enjoy it! (kalau la dapat buat macam dalam video nie..mesti best kan? haha



Lyrics: Heart To Heart by 4Minute

It’s weird, it seems like you’ve changed
You say things that you didn’t say before
In front of me, look into my eyes
(You) tell me, truthfully

Careless eyes, a bored expression
Actions and words that are different than before
Don’t twist your words
(You) better say it coolly, open up

I don’t expect a lot from you, not like before
Look into my eyes, please look at me now
Think of me, oh~

Let’s have a heart to heart to heart (talk)
Tell me in a more manly way (more)
Not stiffly, not faking it
Still you and I stay together
Let’s have a heart to heart to heart (talk)
Look me directly in the eyes and tell me
Don’t twist your words, don’t make me mad
Now heart to heart, you and I
Heart to heart to heart

The serenades you used to do often
These days, how many times do you say “I love you”?
If you don’t’ like it, say you don’t,
Or take some time [to reply]
Open up with you, now heart to heart

How can you change that much?
Do I have to comply to everything you do?
Don’t be ridiculous, don’t be delusional
Stop it! (You) just do whatever you want

I don’t expect a lot from you, not like before
Look into my eyes, please look at me now
Think of me, oh~

Let’s have a heart to heart to heart (talk)
Tell me in a more manly way (more)
Not stiffly, not faking it
Still you and I stay together
Let’s have a heart to heart to heart (talk)
Look me directly in the eyes and tell me
Don’t twist your words, don’t make me mad
Now heart to heart, you and I
Heart to heart to heart

You say sorry too easily, I’m sick of it
Why do you always want to end things?
Why are you like that?
You always say the same things

Like this here, you and I, the two of us
Look into our eyes like this

(Hear to heart) I still think of you, listen to me

I don’t expect a lot from you, not like before
Look into my eyes, please look at me now
Think of me, oh~

Let’s have a heart to heart to heart (talk)
Tell me in a more manly way (more)
Not stiffly, not faking it
Still you and I stay together
Let’s have a heart to heart to heart (talk)
Look me directly in the eyes and tell me
Don’t twist your words, don’t make me mad
Now heart to heart, you and I
Heart to heart to heart

Tuesday, April 05, 2011

Tamat..

salam..Hye!!
wah..dah lama tak update blog nie kan? huhu..dengan ini..saya mengisytiharkan..tamat la sudah tahun ke-2 bachelor degree saya di UNITEN! yippie!! setahun jer lagi tinggal. Tapi kan..macam mana dengan result final exam ku? huhu..kita tunggu dan lihat jer la wokey? please pray for my best yer kawan-kawan? hihi..and it's time for me to enjoy my semester break..before my final years..huhu



sekarang..CK ada job baru..iaitu..SURI RUMAH sepenuh masa selama sebulan! huhu..so..pada kawan-kawan yang nak 'hangout' dengan CK..dipersilakan la yer? hahaha..kedatangan anda..amat la saya alu-alukan..